Khairy lawat PPV Stadium Perpaduan, sempat tanya khabar penerima vaksin

Nuzuluddin Abdul Razak, Fadilah Sulaiman
Mei 28, 2021 14:52 MYT
Dalam lawatan tersebut, Khairy sempat meninjau proses pemberian vaksin yang melibatkan warga emas.
KUCHING: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin hari ini melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Kuching.
Beliau yang ditemani Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas tiba di PPV itu sekitar pukul 11.15 pagi.
Dalam lawatan tersebut, Khairy sempat meninjau proses pemberian vaksin yang melibatkan warga emas.
Ia termasuk pemantauan proses pendaftaran, pemberian vaksin dan penilaian selepas vaksinasi.
Kira-kira 812 penerima akan hadir ke PPV itu bagi menerima dos kedua vaksin COVID-19.
Beliau dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak turut dijadual mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada jam 3 petang ini.
Selepas itu beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengadakan sidang media pada 4.30 yang akan mengumumkan perkembangan terkini program imunasi COVID-19 di Sarawak.
#PICK #Khairy Jamaluddin #Khairy lawat PPV #Kuching #Sarawak #Pusat Pemberian Vaksin #Stadium Perpaduan Kuching #Douglas Uggah Embas
;