Khairy harap Kertas Putih Kesihatan, Dasar GEG diteruskan

Bernama
Disember 12, 2022 12:43 MYT
Khairy hadir pada penyerahan Nota Serah Tugas Menteri Kesihatan di Purajaya hari ini. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berharap pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan dan Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, dapat diteruskan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Khairy berkata kedua-dua perkara telah dibangkitkan dalam pertemuan sebelum sesi penyerahan Nota Serah Tugas Bekas Menteri Kesihatan kepada Menteri Kesihatan, di sini hari ini.
"Kertas putih ini adalah penting untuk reformasi sistem kesihatan kita untuk jangka masa panjang dan ini bukan hasil kerja saya tetapi hasil kerja semua pakar yang terlibat dalam perbincangan dan juga sesi libat urus yang telah kita buat," katanya selepas sesi penyerahan Nota Serah Tugas Menteri Kesihatan di sini hari ini.
PANTAU KERAJAAN BAHARU DI SINI!
Beliau berkata Kertas Putih ini penting dalam melaksanakan perubahan terhadap sistem kesihatan awam untuk mengelakkan sumber yang tidak mencukupi bagi menampung beban penyakit di masa hadapan terutama dari segi sumber manusia, infrastruktur, kemudahan dan aspek peruntukan.
-- BERNAMA
#Khairy Jamaluddin #kertas putih kesihatan #Dasar GEG #kawalan rokok dan tembakau
;