Khairy gesa kerajaan pantau harga barangan harian
Astro Awani
September 12, 2013 08:30 MYT
September 12, 2013 08:30 MYT
Pemuda Umno menggesa kerajaan bertindak tegas serta meningkatkan pemantauan mengawal harga barangan harian.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ia bagi memastikan tiada peningkatan harga mendadak yang memberi kesan negatif kepada rakyat.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berpendapat, kebajikan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana perlu diutamakan.
“Keresahan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mengenai risiko kenaikan harga barang perlu dilihat sebagai perkara utama,” kata Khairy.
Selain itu, Khairy turut mencadangkan agar penjimatan dapat dilakukan daripada peringkat kerajaan sendiri.
Ia menerusi pengurangan peruntukan dalam hal pengurusan.