Khairy dijemput ke Thailand untuk lihat dasar kanabis
Rahimah Abdullah
Mei 23, 2022 23:28 MYT
Mei 23, 2022 23:28 MYT
KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijemput rakan sejawatannya dari Thailand, Khun Anutin untuk melihat sendiri dasar kanabis negara itu.
Khairy memaklumkan perkara itu di laman Twitternya ketika perjumpaan bilateral bersama Anutin di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) di Geneva, Switzerland.
Perbincangan bilateral itu memberi tumpuan kepada pembelian ubat secara pukal oleh ASEAN dan ujian klinikal.
Bulan lalu, Khairy berkata kementeriannya mengalu-alukan kerjasama industri atau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.