Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini membidas tindakan hukuman sebatan yang dikenakan terhadap dua orang wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu.
Kedua-dua wanita yang berusia 32 dan 22 tahun itu dihukum sebat di hadapan lebih 150 orang ramai di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, pagi tadi.
Hukuman enam sebatan oleh dua tukang sebat wanita dari Penjara Kajang, Selangor bertauliah berjalan lancar bermula jam 10 dan berakhir 10.16 pagi tadi.
"Islam teaches us to look after the dignity of every human being' (Islam mengajar kita untuk menjaga martabat setiap umatnya," ujar Khairy dalam Twitter peribadinya itu.
BACA: Sebat depan khalayak: Air mata tertuduh gugur selepas jalani hukuman
Menerusi kejadian pada April lalu, dua wanita berusia 32 dan 22 tahun itu ditahan kerana cubaan melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta di Dungun.
Selain hukuman sebat, mereka turut berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda RM3,000 yang ditetapkan.
BACA: Jangan hina, aibkan pesalah - Hakim Syarie
Astro Awani
Mon Sep 03 2018

KHAIRY: Islam mengajar untuk menjaga martabat setiap umatnya. - Gambar fail

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

2 pelajar universiti lakukan hubungan sejenis dihukum sebat secara terbuka di Aceh
Sebuah mahkamah di wilayah Aceh pada Isnin menjatuhi hukuman sebat secara terbuka ke atas dua lelaki selepas mereka mengaku bersalah melakukan hubungan sejenis, kata seorang pegawai.

Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.

Jauhi hubungan seksual terlarang, penyumbang utama HIV dan AIDS - Khutbah Jumaat
Menurut statistik, penyumbang utama kes jangkitan tidak lagi daripada penggunaan dadah secara suntikan.

Cacar monyet: Ada tanda reda wabak di UK - UKHSA
Walaupun data menunjukkan penurunan kes baharu, orang ramai digesa tidak leka.

Cacar monyet: Pesakit alami gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

Cacar monyet: Belanda catat 6 kes, Maghribi 3 kes
Sebahagian kes terdiri daripada lelaki yang mengadakan hubungan sejenis.

'Kantoi' dalam kereta lakukan seks sejenis, dua lelaki dibelasah
Tular di media sosial hari ini apabila sepasang lelaki dicekup sekumpulan lelaki selepas didakwa melakukan aktiviti hubungan sejenis dalam sebuah kereta.

Malaysia bertegas tidak benarkan perkahwinan sejenis - Fuziah
Malaysia, sebagai sebuah negara Islam, mempunyai sistem perundangan sendiri yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis di kalangan LGBT.

Kes sebat: Baca dengan mata hati - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, dia sendiri kurang pasti sama ada pihak yang tidak bersetuju itu tahu atau tidak sebat secara syariah.

Kritikan terhadap hukuman sebat hanya sementara - MB Terengganu
Beliau percaya ia bersifat sementara dan mereka akan faham bahawa hukuman yang dikenakan itu adalah untuk mendidik pesalah yang terlibat dalam kegiatan LGBT di negara ini.