Khairuddin enggan ulas: "Rujuk kenyataan bertulis saya, KKM"

Ruzaini Zulkepli
Ogos 23, 2020 13:20 MYT
Khairuddin kekal dengan kenyataan permohonan maaf dan enggan mengulas berhubung siasatan polis berhubung isu pelanggaran kuarantin rumah. - Foto Astro AWANI
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali kekal dengan kenyataan permohonan maaf dan enggan mengulas berhubung siasatan polis berhubung isu pelanggaran kuarantin rumah sebelum ini.
Beliau berkata, isu berhubungnya boleh dirujuk dalam satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan baru-baru ini.
"Saya kekal kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kenyataan rasmi saya secara bertulis, rujuk kepada kenyataan tersebut," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata demikian ketika ditemui dalam majlis perasmian bilik jentera dan Markas PAS DUN Tanjung Keramat, Putatan hari ini,
Khairuddin sebelum ini telah membuat satu permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kesilapannya melanggar prosedur operasib stantard (SOP) berkaitan pandemik COVID-19.
Untuk rekod, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah meskipun Khairuddin telah dikompoun sebanyak RM1, 000 atas kesalahan terbabit, ia masih dirujuk kepada pihak polis.
Terdahulu, Khairuddin didakwa perlu menjalani kuarantin selepas pulang dari negara Turki pada 7 Julai lalu, namun beliau sebaliknya menghadiri sidang parlimen pada 13 Julai.
#Kementerian Kesihatan #Khairuddin #KKM #kompaun KKM #koronavirus #langgar kuaranti #pandemik #PAS #SOP #Turki
;