Khairuddin dimasukkan ke hospital, disyaki hidap demam denggi

T K Letchumy Tamboo
September 25, 2015 20:00 MYT
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas.
Peguamnya, Matthias Chang ketika dihubungi Astro AWANI berkata Khairuddin disyaki menghidapi demam denggi.
“Ya, Khairuddin telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disyaki menghidapi demam denggi,” katanya.
Pada 18 September, Khairuddin ditahan oleh pihak polis di kediamannya di Mont Kiara beberapa hari sebelum beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat.
Pada 23 September, Khairuddin ditahan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Beliau ditahan semula apabila berjalan keluar dari mahkamah selepas dibebaskan, bagi kesalahan di bawah Seksyen 124k dan 124L Kanun Keseksaan.
#demam denggi #HKL #Khairuddin Abu Hassan #Matthias Change
;