Khair dilantik semula KP Pelajaran secara kontrak

Bernama
Oktober 20, 2016 20:17 MYT
Tan Sri Khair Mohamad Yusof dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Pelajaran secara kontrak selama setahun, demikian diumunkan oleh Kementerian Pendidikan hari ini. -Gambar fail
Tan Sri Khair Mohamad Yusof dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Pelajaran secara kontrak selama setahun, demikian diumumkan oleh Kementerian Pendidikan hari ini.
Pelantikan semula itu berkuasa kuasa semalam selepas beliau menyandang jawatan itu sejak 8 Dis 2013 hingga bersara wajib 60 tahun pada 17 Okt lepas, kata kementerian itu dalam kenyataan.
Sepanjang lebih 30 lebih dalam perkhidmatan awam, beliau memegang pelbagai jawatan penting termasuk timbalan ketua pengarah pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Perguruan) dari 2012 hingga 2013.
Dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada 1 Ogos, 1982, beliau turut menyandang jawatan timbalan ketua pengarah pelajar (Sektor Dasar dan Pembangunan), pengarah Bahagian Pendidikan Guru, pengarah Institut Aminuddin Baki dan pengarah Politeknik Sultan Abdul Haluim Muadzam Shah. -- BERNAMA
#Kementerian Pendidikan #Ketua Pengarah Pelajaran #khair mohamad yusof
;