Khabar mengenai kadar tol naik mulai 16 November tidak benar

Bernama
November 2, 2016 21:25 MYT
Khabar tentang kenaikan tol adalah yang paling mudah mendapat perhatian orang ramai, sama ada benar atau tidak. - Gambar hiasan
Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menafikan khabar angin yang tersebar melalui media sosial berhubung kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya utama berkuat kuasa 16 November ini.
Timbalan Yang Dipertua PSKLM Sazally Saidi berkata khabar angin tersebut adalah tidak benar dan dipercayai telah dikitar semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"16 November itu pun hari Rabu bukannya Isnin macam dalam 'statement hoax' (kenyataan palsu) itu," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.
Khabar angin itu menyebut kadar tol di beberapa lebuh raya antaranya Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akan naik antara RM1 dan RM5.70 mulai Isnin, 16 November.
-- BERNAMA
#kadar tol naik #khabar angin #PSKLM #Sazally Saidi #viral #WhatsApp
;