Khabar angin Nik Aziz meninggal dunia adalah tidak benar

Astro Awani
Oktober 11, 2014 23:01 MYT
Berita yang tersebar luas di laman sosial itu dinafikan menerusi satu kenyataan di laman facebook rasmi Nik Aziz malam tadi.
Khabar angin yang mengatakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung adalah tidak benar.
Berita yang tersebar luas di laman sosial itu dinafikan menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi Nik Aziz malam tadi.
Kenyataan itu juga mengatakan penyebaran khabar angin itu sebagai satu fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

tuan guru nik aziz dah meninggal ke ? berita benar ke palsu ni aku dapat ?

— Nurshafika Hairudin (@shafikahairudin) October 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kawan2. Sebaran di wassap mengatakan TG. Nik Aziz meninggal dunia. Amboi. Kat berita takde pun. Jangan la sebar sebarangan.

— AmenoWorld (@AmenoWorld) October 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, menurut laporan Sinar Harian Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud turut menafikan berita tersebut dan meminta semua pihak berhenti menyebarkan berita ini menggunakan aplikasi Facebook (FB) ataupun WhatsApps.
"Sikap seperti ini sudah banyak kali dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Ia amat bertentangan dengan agama yang melarang dari menyebarkan berita tidak pasti kebenarannya apatah lagi berita kematian seorang tokoh yang amat disanjungi," katanya dalam satu kenyataan ringkas, sebentar tadi.
Mohd Asri turut memaklumkan bahawa Nik Aziz baru sahaja menerima kunjungan tetamu dari Kedah sejurus menunaikan solat Isyak di Masjid Pulau Melaka.
Pada Julai lalu, khabar angin yang sama turut kecoh di laman sosial dan telah menyebabkan anaknya yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil menjelaskan bahawa bapanya berada dalam keadaan sihat.
Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Selepas tidak lagi memegang jawatan menteri besar, Nik Abdul Aziz dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan.
#Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat #khabar angin #PAS
;