Khabar angin kenaikan harga petrol viral di laman sosial

Shamil Hizamie
April 30, 2015 17:45 MYT
Setiap kali tibanya hujung bulan, pelbagai ura-ura mengenai harga minyak mula memenuhi media sosial.
SETIAP kali tiba penghujung bulan, pelbagai spekulasi berhubung harga minyak timbul memenuhi ruang media sosial.
Tidak terkecuali hari ini di mana mesej tersebut menjadi viral dalam kalangan pengguna yang berharap telahan tentang kenaikan harga minyak tidak menjadi kenyataan.
Khabar angin itu mulai tersebar menerusi aplikasi Whatsapp serta laman Facebook dan Twitter sejak awal hari ini.
Ramai yang meramalkan kenaikan harga lantaran tiada peningkatan terhadap harga petrol pada April.

"Harga minyak RON 95 dikatakan akan mengalami kenaikkan sehingga RM0.20 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.15 seliter." oh gawd

— Gan Zhi Han (@justaJBguyinKL) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, ada kalangan pengguna yang melihat spekulasi berhubung harga minyak ini hanyalah sekadar khabar angin yang belum dapat dipastikan kebenarannya.

Rasanya macam dah 2 3 bulan dah rumors pasal harga minyak ni salah. Keluar khabar angin harga lain, nanti malam keluar harga lain. Bebal.

— Elmi (@ELMIELMO) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yang bakal naik hanyalah harga minyak petrol je. Minyak gamat dan minyak masak masih kekal harga yang sama. Syukur Alhamdulillah

— Sid Razali (@sidchan) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Harga jualan bagi RON95 dan Diesel ialah RM1.95 seliter manakala RON97 dijual pada harga RM2.25 seliter sepanjang bulan Mac dan April.
Namun, harga jualan baharu bagi RON95, RON97 dan diesel untuk bulan Mei hanya akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada malam nanti.
#diesel #KPDNKK #petrol #RON 97 #RON95 #spekulasi