Khabar angin Ismail Kamus tenat tidak sahih!

Astro Awani
Mei 11, 2019 04:48 MYT
Imej ini dirakam ketika pendakwah bebas itu sedang tidur selepas menjalani satu pembedahan kecil. - Foto Sumber Pembaca
Khabar angin mengatakan pendakwah, Datuk Ismail Kamus, 70 dalam keadaan sangat uzur atau tenat tidak benar.
Pengarah Urusan Ikhtiar Syifa Sdn Bhd, Abdul Hadi Jusoh dalam satu kenyataan hari ini berkata, imej Ismail berbaju kuning yang tular di media sosial sejak semalam sebenarnya dirakam ketika beliau baharu sahaja selesai menjalani pembedahan kecil dan sedang tidur.
"Di waktu ini (Sabtu 11 Mei 2019, jam 11.20 pagi) Tuan Guru ustaz Ismail Kamus berada dalam keadaan sihat dan stabil, InsyaALLAH dijangka keluar dari wad pada petang ini atau esok," menurut Abdul Hadi
"Harap tidak dipanjangkan berita tidak benar dan mengelirukan orang ramai," tambahnya.
#Hospital #ismail kamus #media sosial #palsu #pendakwah #pendakwah agama #Semak Fakta #tenat