KUALA LUMPUR: Kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta beberapa teknologi terkini antara faktor Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) perlu diperkuat daripada segi keanggotaan.
Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah keanggotaan sedia ada perlu dipertingkatkan dalam menangani jenayah penipuan masa kini.
"Jika dahulu penipuan dilakukan secara bersemuka, namun kini semuanya menerusi dalam talian dan kewujudan teknologi AI juga terutamanya melibatkan urusan perniagaan, perbankan dan pelbagai urusan lain.
"Kewujudan teknologi terkini ini melihatkan kepada perlunya kepakaran dari sudut anggota serta pegawai mahir dan perkara ini sudah pastinya memerlukan penambahan sumber manusia itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Menurut Ramli, kecanggihan teknologi terkini dalam masa sama akan diambil kesempatan oleh penjenayah terlibat bagi memerangkap mangsa.
"Cabaran untuk kita hadapinya bukan dalam tempoh 10 atau 15 tahun lagi tetapi ia dilihat berkembang dengan begitu pantas dan dari situ kita memerlukan bukan sahaja penambahan kepakaran malahan teknologi serta kewangan.
"JSJK pada masa sama perlu berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi perkembangan kecanggihan teknologi ini," katanya.
Ramli berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkaitan langkah penstrukturan keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan beberapa jabatan termasuk JSJK.
"Secara peribadi saya amat menyokong penuh dan mengalu-alukan kenyataan beliau itu, memandangkan ketika ini, kekuatan keanggotaan JSJK sekitar lebih 2,000 anggota dan pegawai.
"Memang dilihat seperti saya ungkapkan, kepada arus perkembangan masa kini, sememangnya keperluan dari segi penambahan itu ada dan saya difahamkan Jabatan Pengurusan sedang dalam urusan berkaitan perkara itu," katanya.
Pada 8 Oktober lalu, media tempatan melaporkan PDRM akan menstruktur semula jumlah keanggotaan dalam setiap pasukan berdasarkan keperluan dan cabaran tugas semasa.
Razarudin berkata, penyelarasan itu membabitkan beberapa jabatan termasuk JSJK.
Beliau berkata, pasukan yang akan dikurangkan keanggotaan pula membabitkan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Pasukan Gerakan Am (PGA).
Menurutnya, ketika ini PDRM mempunyai kekuatan 130,000 pegawai dan anggota dengan jumlah itu mencapai standard piawaian antarabangsa iaitu seorang anggota kepada 250 orang awam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 15 2023
![Kewujudan teknologi AI faktor keanggotaan JSJK perlu ditambah - Ramli Kewujudan teknologi AI faktor keanggotaan JSJK perlu ditambah - Ramli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697372067_JSJKAi.jpg)
Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah keanggotaan sedia ada perlu dipertingkatkan dalam menangani jenayah penipuan masa kini. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714719669_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Pecah amanah: JSJK dedah dua kes baharu oleh firma guaman, pelanggan rugi RM8 juta
JSJK mendedahkan dua kes terbaharu membabitkan jenayah pecah amanah oleh firma guaman melibatkan kerugian wang pelanggan berjumlah RM8 juta.
![Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714719669_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
![Dua lelaki bantu kegiatan ah long ditahan Dua lelaki bantu kegiatan ah long ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683693337_TBZAKIHARUN.jpg)
Dua lelaki bantu kegiatan ah long ditahan
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan oleh pasukan risik dan operasi JSJK.
![7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta 7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710449184_RamliMohamedYusoof.jpg)
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
![Sepasang kekasih dalang kegiatan penstriman haram ditahan Sepasang kekasih dalang kegiatan penstriman haram ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711534822_JSJK.jpg)
Sepasang kekasih dalang kegiatan penstriman haram ditahan
Kedua-dua yang ditahan itu berumur 53 dan 57 tahun, dipercayai berperanan sebagai dalang utama sindiket itu.
![Jumlah anggota JSJN dan JSJK perlu ditambah - KPN Jumlah anggota JSJN dan JSJK perlu ditambah - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710219398_RazarudinHusainIG.jpg)
Jumlah anggota JSJN dan JSJK perlu ditambah - KPN
Jumlah anggota bagi JSJK dan JSJN perlu ditambah bagi memperkasakan dan memperkuat operasi jabatan berkenaan dalam membanteras isu jenayah global dan rentas sempadan.
![JSJK kesan transaksi RM3.8 bilion melalui 15 syarikat, disyaki hasil kegiatan penipuan JSJK kesan transaksi RM3.8 bilion melalui 15 syarikat, disyaki hasil kegiatan penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709459520_RamliMohamedYoosuf.jpg)
JSJK kesan transaksi RM3.8 bilion melalui 15 syarikat, disyaki hasil kegiatan penipuan
JSJK mengesan transaksi pemindahan wang sebanyak RM3.8 bilion ke 43 negara melalui 15 syarikat perdagangan berdaftar di Malaysia, yang disyaki hasil kegiatan penipuan bermula 2021 hingga 2023.
![JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704365322_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) merekodkan sebanyak 14,488 kes penipuan pelaburan bagi tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023, dengan nilai kerugian keseluruhan RM1.34 bilion.
![Segelintir NGO manipulasi mangsa penipuan - Bukit Aman Segelintir NGO manipulasi mangsa penipuan - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706259814_TBRAMLIMOHAMEDYO.jpg)
Segelintir NGO manipulasi mangsa penipuan - Bukit Aman
Polis mengesan ada segelintir NGO yang mengambil peluang daripada masalah yang dihadapi mangsa penipuan bagi mengaut keuntungan.