Kewajipan fardu Jumaat tidak gugur walaupun sama hari dengan Aidilfitri

Bernama
Julai 16, 2015 12:17 MYT
Persoalan mengenai fardu Jumaat dibangkitkan menerusi media sosial baru-baru ini.
Kewajipan menunaikan solat fardu Jumaat adalah tidak terlepas atau tidak gugur sekiranya ia jatuh bersamaan Aidilfitri, kata Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar.
Oleh itu beliau menasihatkan umat Islam khusus di Sabah supaya melaksanakan solat Jumaat bersesuaian dengan pegangan mazhab Syafie.
Beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan berikutan timbul banyak pertanyaan daripada orang ramai mengenai kedudukan solat Jumaat sekiranya Aidilfitri turut jatuh pada hari yang sama.
Persoalan mengenai fardu Jumaat dibangkitkan menerusi media sosial.
#Aidilfitri #hari raya #Solat Jumaat
;