Tanggapan masyarakat bahawa air ketum mampu merawat penyakit diabetes dan darah tinggi adalah tidak benar dan ia hanyalah mitos kerana tiada bukti secara klinikal atau saintifik bahawa ketum mampu mengubati penyakit 'dua serangkai' itu.
Ramai yang percaya air ketum mampu menurunkan paras gula berlebihan dalam darah sekiranya diambil secara tradisional dengan membuang urat tengah daun tersebut.
Malah ada yang mendakwa bahawa penyakit mereka sembuh setelah beberapa tahun mengambil air ketum tanpa bergantung kepada ubat moden.
Kajian saintifik mendapati bahawa air ketum boleh membawa kepada implikasi sawan atau dengan erti lain epilepsi sekiranya diamalkan untuk tempoh masa yang lama atau mengambilnya secara berlebihan.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman, Hospital Pakar KPJ Perlis, Dr. Nurazam Omar berkata, ketum atau nama saintifiknya 'Mitragynine' mempunyai persamaan dengan dadah jenis opiat kerana individu yang mengamalkannya boleh membawa kepada proses khayal.
"Individu yang mengamalkannya boleh menjadi khayal dan jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan sesak nafas. Malah ia juga boleh mengakibatkkan sembelit.
"Kebanyakkan orang dahulu mengambil ketum ini untuk melegakan cirit-birit. Ada juga pembuktian bahawa ketum ini juga boleh memberikan tenaga kepada orang yang mengambilnya," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Dr Nurazam berkata, dalam dunia perubatan, kebiasannya individu yang mengalami sebarang sakit akan diberikan ubat penahan sakit yang juga dikenali sebagai morfin untuk pesakit itu tidur.
Katanya, ketum ini juga boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami sawan sekiranya ia diamalkan dalam tempoh masa yang lama.
"Kebiasaannnya mengikut sejarah perubatan, seseorang yang telah dewasa (maksudnya remaja hingga tua) yang mengalami sawan ini biasanya mengambil ketum secara berlebihan. Anak yang lahir sekiranya didiagnos dengan penyakit sawan ini, kita kena lihat sejarah ahli keluarganya yang biasa mengamalkan ketum," katanya lagi.
Beliau berkata, individu yang disahkan sawan ini kelazimannya mengambil cecair ketum yang dicampurkan dengan bahan asing seperti ubat batuk, minuman berkarbonat dan lain-lain.
Katanya, di luar negara, daun ketum digunakan untuk mengurangkan ketagihan dadah bagi menggantikan 'methadone' tetapi adalah lebih baik mengunakan methadone.
Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Suid, 57, berkata beliau menguna daun ketum untuk merawat cirit birit dan mampu memberi tenaga kepada mereka yang bekerja berat seperti melakukan kerja sawah.
Katanya, daun ketum yang dipetik akan dibuang urat tengah terlebih dahulu sebelum direbus bersama air sehingga mendidih dan apabila air bertukar menjadi kehijauan ia boleh diminum.
"Air ketum untuk tujuan perubatan tradisional tidak dicampur dengan bahan lain seperti ubat batuk sebaliknya ia diminum dalam kuantiti sedikit iaitu kira-kira secawan bagi mengembalikan tenaga atau merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi," katanya,
Malaysia adalah antara negara yang mengharamkan ketum melalui Akta Racun 1952, Seksyen 30 (3) dengan menyebutnya sebagai bahan psikotropik bagi mengawal penanaman, pemilikan dan pengedaran ketum. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 05 2020
Kajian saintifik mendapati bahawa air ketum boleh membawa kepada implikasi sawan atau dengan erti lain epilepsi sekiranya diamalkan untuk tempoh masa yang lama atau mengambilnya secara berlebihan. - Gambar hiasan BERNAMA
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis
Seorang pensyarah di sebuah universiti di Kelantan antara tiga penjawat awam yang ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri itu pada 26 Mei hingga 8 Jun lepas.
Empat anggota polis ditahan peras ugut peniaga air ketum
Empat anggota polis ditahan pada Jumaat lepas, kerana disyaki memeras ugut seorang peniaga air ketum di Taman Desa Gombak sejak November 2023.
Polis tahan 11 lelaki terlibat judi laga ayam
Polis menahan 11 lelaki berusia lingkungan 21 hingga 57 tahun dan merampas 13 ekor ayam yang digunakan dalam kegiatan judi sabung ayam di kawasan Tok Bali, Pasir Puteh, semalam.
Air ketum: 6 anggota polis IPD Jerantut ditahan disyaki minta rasuah
Enam anggota polis termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut direman sehingga 11 Mei ini, bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah berjumlah RM5,000.
Sarjan polis direman tujuh hari minta rasuah RM7,000
Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah.
13 leka masak air ketum antara 58 individu ditahan di Kota Tinggi
Polis menahan 58 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 13 orang yang sedang leka memasak air ketum dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Felda di Kota Tinggi.
Polis tahan enam lelaki proses, jual air ketum
Kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Polis tahan suri rumah jual air ketum
Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.
'Panas baran, badan susut nampak tulang' - Isteri derita suami ketagih air ketum
Suaminya memang mengamalkan minuman ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Lelaki ditahan bersama 676 bungkus air ketum
Pemeriksaan dalam kenderaan menemui masing-masing 13 bungkusan besar plastik warna hijau dan hitam mengandungi air ketum.