Ketuanan Melayu: Semua kaum sudah berkongsi kemakmuran bersama - Dr Shamrahayu
Wan Syamsul Amly
September 17, 2020 19:49 MYT
September 17, 2020 19:49 MYT
Konsep Ketuanan Melayu atau kedudukan istimewa seharusnya tidak dibahaskan kerana semua bangsa selama ini sudah berkongsi kemakmuran bersama.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, paling penting adalah bagaimana membina hubungan serta pembinaan bangsa
"Jadi setiap bangsa mempunyai cabaran masing-masing, tetapi tentu sahaja kita percaya setiap bangsa diberi cabaran yang berbeza tetapi cabarannya adalah apa yang dapat kita lalui dengan lancar.
"Kita sekarang sudah berada dalam 63 tahun kemerdekaan. Saya rasa Malaysia sudah melakukan banyak perkara baik. Namun tentu ada yang masih tidak berpuas hati dengan penurunan integriti negara.
"Tetapi kita adalah bangsa dan teladan kepada dunia, bagaimana kita menguruskan masalah kita, kita juga tidak ada (konflik) dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya dalam forum 'Social Contract' And The Future Of Nation-Building In Malaysia, di sini pada Khamis.
Selain Dr. Shamrahayu, Professor Madya Program Sejarah di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr Abd Rahman Tang Abdullah turut menjadi panel.
Sementara moderator forum itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS), Profesor Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil.
Dalam pada itu katanya, pembangunan bangsa di landasan yang benar dan memberikan kebebasan kepada semua.
Ujarnya, setiap negara mempunyai masalah yang unik serta cabaran masing-masing walaupun ada yang berasal dari bangsa yang sama.