Ketua Wanita Umno Kuala Krau meninggal dunia

Bernama
September 22, 2017 14:46 MYT
Allahyarham yang meninggalkan seorang anak dan suami menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Rumpun Makmur . - Gambar fail
Anggota Dewan Negara yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Krau, Senator Norahan Abu Bakar, 60, meninggal dunia pada 8.30 pagi tadi dipercayai akibat kanser usus.
Allahyarham yang meninggalkan seorang anak dan suami menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Rumpun Makmur .
Ketua Penerangan Umno Kuala Krau, Datuk Mohammad Jaafar berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Gunung Senyum sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gunung Senyum di sini, hari ini.
"Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar bagi parti dan masyarakat setempat memandangkan beliau telah banyak berjasa dan begitu aktif dalam perjuangan parti sejak muda lagi," ujarnya.
-- BERNAMA
#Dewan Negara #jenazah #meninggal dunia #Norahan Abu Bakar #senator #UMNO #Wanita UMNO
;