Ketua UMNO Bahagian Ampang, Ismail Kijo meninggal dunia
Fareez Azman
Februari 3, 2021 14:16 MYT
Februari 3, 2021 14:16 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo meninggal dunia pada usia 69 tahun di Hospital Sungai Buloh sekitar 12.30 tengah hari Rabu.
Perkara itu disahkan Ketua UMNO Bahagian Langat, Datuk Johan Aziz ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun majlis pengebumian jelasnya belum dimuktamadkan ketika ini.
Allahyarham sebelum ini disahkan positif COVID-19 sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dalam entri terbaharu Facebook rasminya turut memaklumkan pemergian Allahyarham.
"Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan UMNO Negeri Selangor Dato' Ismail Kijo Ketua UMNO Bahagian Ampang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.
"Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Salam Takziah kepada seluruh anggota keluarga. Al-Fatihah," jelasnya.
Allahyarham sebelum ini pernah menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya pada tahun 1995 sehingga 2008.
#UMNO
#ketua umno
#Bahagian Ampang
#Datuk Ismail Kijo
#meninggal dunia
#Hospital Sungai Buloh
#COVID-19
#pesakit
#Bekas pesakit kanser