PUTRAJAYA: Setiap ketua setiausaha dikehendaki melapor peratusan kehadiran pegawai kementerian dan jabatan di bawahnya secara mingguan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada setiap hari Jumaat sebelum 12 tengah hari mulai hari ini hingga 7 Jun ini.
Menerusi kenyataan pada Isnin, JPA memaklumkan bahawa langkah tersebut bertujuan memastikan keberadaan warga kerja di pejabat adalah pada tahap 20 peratus.
"Kehadiran maksimum 20 peratus di pejabat hanya dibenarkan untuk proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti urusan pembayaran dan melibatkan dokumen rahsia atau Rahsia Besar seperti Memorandum Jemaah Menteri," menurut JPA.
JPA berkata bilangan 20 peratus tersebut tidak termasuk anggota barisan hadapan dan warga kerja yang diarah penugasan semula di agensi-agensi tertentu.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali baru-baru ini mengumumkan bahawa pengoperasian pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan arahan bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
BACA: Mulai 25 Mei, 750,000 penjawat awam, 40 peratus kakitangan swasta bekerja dari rumah
Ia termasuk menggunakan pendekatan kehadiran ke pejabat pada tahap 20 peratus keseluruhan yang tidak termasuk perkhidmatan petugas barisan hadapan dan 80 peratus secara BDR dengan penggiliran.
JPA berkata bagi warga kerja terbabit, mereka dimestikan memakai pelitup muka setiap masa khususnya jika terdapat individu lain di dalam pejabat yang sama atau di kawasan awam seperti di dalam lif, lobi serta tempat letak kereta.
Mereka juga digalakkan memakai pelindung muka apabila berinteraksi secara bersemuka, mengimbas kod MySejahtera setiap kali masuk ke pejabat dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal serta kerap mencuci tangan.
Bagi warga kerja yang melaksanakan BDR pula, JPA mengingatkan bahawa mereka dilarang sama sekali menjalankan sebarang urusan peribadi semasa waktu pejabat tanpa kebenaran Ketua Jabatan.
"Mana-mana warga kerja yang didapati tidak mematuhi ketetapan BDR akan dikenakan tindakan tatatertib," menurut JPA.
Memperincikan perkara itu, JPA memaklumkan bahawa warga kerja yang diarahkan BDR adalah dibenarkan membawa pulang dokumen berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.
Bagaimanapun JPA menegaskan bahawa pegawai terbabit bertanggungjawab menjaga keselamatan serta kerahsiaan dokumen kerajaan selain memastikan semua dokumen kerajaan sama ada dalam bentuk salinan cetak atau salinan elektronik disimpan dengan sempurna.
"Dokumen berkenaan hendaklah diletakkan di tempat yang selamat serta mematuhi kehendak Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), Arahan Keselamatan dan apa-apa peraturan, pekeliling, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa," menurut JPA.
Menyentuh mengenai aktiviti mesyuarat, JPA menyarankan agar dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan serta mematuhi Dasar Keselamatan Informasi dan Teknologi Maklumat.
"Sekiranya mesyuarat mustahak diadakan secara bersemuka, ia dihadkan kepada warga kerja dalaman sahaja dengan bilangan tidak melebihi lima orang dan tempoh mesyuarat perbincangan tidak melebihi satu jam," kata JPA.
"Sepanjang tempoh mesyuarat atau perbincangan, semua ahli mesyuarat mesti memakai pelitup muka dan pelindung muka," menurut JPA.
Mengenai perkhidmatan kaunter penerimaan dokumen untuk agensi, JPA menggalakkan agar agensi kerajaan membuka kaunter khas penerimaan semua dokumen agensi atau bungkusan di lobi bagi mengurangkan kehadiran orang awam memasuki premis kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021
Menerusi kenyataan pada Isnin, JPA memaklumkan bahawa langkah tersebut bertujuan memastikan keberadaan warga kerja di pejabat adalah pada tahap 20 peratus. - Foto fail/BERNAMA
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh SPAN
Zaini Ujang mendapat pengiktirafan apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Ketua Setiausaha, ketua jabatan perlu serius terhadap teguran LKAN - KPPA
Ketua Setiausaha dan ketua jabatan diingatkan beri perhatian serius terhadap teguran bagi mengurangkan isu ketirisan, pembaziran dan salah guna kuasa.
Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Sumber Manusia
Zaini sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Hasnol Zam Zam dilantik KSU Kementerian Kerja Raya
Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Nik Nasruddin dilantik KSU KPM baharu
Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan pelantikan itu berkuatkuasa pada 2 Februari 2023.
Noridah dilantik sebagai KSU Kementerian Perpaduan
Noridah, anak kelahiran Jerantut, Pahang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha di kementerian yang sama.
KASA dan SPRM perkukuh kerjasama, perkuat tadbir urus banteras jenayah alam sekitar
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras jenayah alam sekitar.
KKMM tubuh jawatankuasa siasatan kes ciapan tidak senonoh di Twitter SKMM
KKMM hari ini menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Kes Ciapan Tidak Senonoh Tahun 2014 di akaun rasmi Twitter SKMM.
Empat ketua setiausaha kementerian baharu dilantik serentak hari ini - KSN
Perkara itu diumum Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dalam kenyataan media hari ini.
Muhyiddin bertemu KSU Kementerian Pendidikan, Kementerian Luar Negeri
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Muhyiddin berkongsi intipati pertemuan itu.