Ketua Polis: Syabas kepada pihak polis di Sg Limau
Bernama
November 5, 2013 08:13 MYT
November 5, 2013 08:13 MYT
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan syabas kepada semua pegawai dan anggota polis atas ketenteraman dan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah.
Dalam mesej melalui Twitter semalam, Khalid menulis: "Syabas kepada semua petugas @PDRMsia di atas ketenteraman dan kelancaran PRK Sg Limau."
"PDRM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama di atas kelancaran PRK Sg Limau, khasnya calon-calon bertanding@PDRMsia."
Keputusan pilihan raya kecil itu menyaksikan calon PAS Mohd Azam Abd Samat mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.