Ketua Polis Negara arah tangkap individu tuduh rasuah

Azyyati Ahmad
April 2, 2016 04:59 MYT
Khalid turut merujuk twit tersebut kepada Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) dan melampirkan di twitternya @KBAB51. - Gambar fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan polis untuk mencari dan menangkap individu yang menuduhnya menerima rasuah menerusi satu twit yang ditujukan kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.
Khalid turut merujuk twit tersebut kepada Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) dan melampirkannya di twitternya @KBAB51.
Bagaimanapun twit yang didakwa menghasut tersebut telah pun dipadamkan pengguna terbabit.

PCIRC @PDRMsia kesan dan tkap org ini yg cuba menghasut rakyat dgn tuduhan2 yg melampau. pic.twitter.com/BDMt419PC7

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) April 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Akaun @TheJusticeDept adalah akaun Twitter di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.
Pegawai penyiasat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini dilaporkan berada di Malaysia bagi mendapatkan maklumat daripada dua bank untuk siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
#Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #PCIRC #Twitter