KUALA MUDA: Ketua Polis Daerah Kuala Muda menjadi penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama.
Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, setakat ini seramai 680 anggota dan pegawai polis di daerah ini sudah mendaftar untuk penerimaan vaksin ini.
Beliau berkata, jumlah keseluruhan anggota dan pegawai polis di daerah Kuala Muda adalah seramai 731 orang, tidak termasuk kakitangan awam.
Ini membabitkan jumlah keseluruhan anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan lapan balai polis.
"Daripada 731 ini, 680 orang yang telah berdaftar untuk menerima vaksin meliputi IPD dan lapan balai di dalam daerah Kuala Muda.
"Saya akan mengetuai menerima suntikan vaksin ini seperti mana yang digesa," katanya.
Adzli berkata, vaksin COVID-19 selamat tiba di Kuala Muda pada jam 11 pagi Rabu dengan iringan keselamatan polis dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Beliau berkata, vaksin itu ditempatkan di satu lokasi untuk disimpan di pusat simpanan vaksin untuk lima daerah.
Vaksin terbabit akan diagihkan ke lokasi yang ditetapkan bermula 28 Februari.
Untuk itu beliau telah mengarahkan anggota supaya melakukan mengawal ketat di pusat penyimpanan vaksin itu dimana tiga anggota ditugaskan mengikut syif sehingga selesai agihan.
Anggota IPD Kuala Muda antara 25,155 senarai penerima vaksin yang terdiri daripada petugas kesihatan KKM dan swasta, petugas barisan hadapan PDRM, APM, Kastam, Imigresen, Penjara dan Bomba telah dikenal pasti untuk diberikan suntikan pada tempoh fasa pertama yang bermula pada 28 Februari sehingga penghujung bulan April 2021.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dijangkakan akan memberi liputan vaksinasi kepada 80% penduduk dan pekerja bukan warganegara melibatkan 1.76 juta individu di negeri Kedah.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 25 2021
![Ketua Polis Kuala Muda ketuai penerima suntikan vaksin Ketua Polis Kuala Muda ketuai penerima suntikan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61614231106_KetuaPolisKualaM.jpg)
Vaksin COVID-19 selamat tiba di Kuala Muda pada jam 11 pagi Rabu dengan iringan keselamatan polis dari Bayan Lepas, Pulau Pinang. - Astro AWANI
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720674506_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81680079349_LukanismanAwangSau.jpg)
Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.
![KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663758531_TBKJKESIHATAN.jpg)
KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.
!['Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy 'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661066479_KhairyJamaluddin.jpg)
'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.
![Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660862617_TBmohdakmal.jpg)
Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
![COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646826941_TBSYEDMOHAMEDALJUNI.jpg)
COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.
![Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
![PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652936420_Vaccine.jpg)
PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
![Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652333648_TBpickids.jpg)
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
![Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653900593_tuntutanmangsaVaks.jpg)
Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.