Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard

Bernama
Januari 23, 2024 21:21 MYT
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Beliau berkata kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Allaudeen berkata demikian kepada Bernama mengenai laporan polis yang dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Travers semalam terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin.
Kenyataan Chegu Bard didakwa dibuat dalam sebuah video berdurasi 52 saat yang disiarkan menerusi aplikasi TikTok bernama "Alias Official."
Laporan itu seterusnya menafikan dakwaan Chegu Bard dan menyifatkan ia sebagai kenyataan tidak tepat serta meminta pihak polis mengambil tindakan lanjut.
-- BERNAMA
#Ketua Polis Kuala Lumpur #Allaudeen Abdul Majid #laporan #Chegu Bard
;