Ketua Pengarah WHO puji komitmen KKM perangi COVID-19

Nursyazwani Saiful Sham
Februari 19, 2020 20:44 MYT
Jelas Tedros, pihaknya menghargai Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pasukannya yang bekerjasama dengan WHO dalam memerangi wabak ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji kepakaran dan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.
Pujian itu dilontarkan sendiri oleh Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi perkongsian di akaun Twitter rasminya pada Rabu.
Jelas Tedros, pihaknya menghargai usaha Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pasukannya yang bekerjasama dengan WHO dalam memerangi wabak ini.
"Saya bercakap dengan Dr Dzulkefly dan pasukannya tentang cabaran dan progres memerangi COVID-19.
"Saya amat menghargai kerjasama Malaysia dan Dr Dzulkefly serta negara serantau termasuk komitmen pihaknya menjalakan penyelidikan bagi mengakhiri wabak ini," katanya.
BACA: Dua lagi pesakit COVID-19 sembuh sepenuhnya - KKM

I spoke to @DrDzul, Minister @KKMPutrajaya, and his senior team about challenges and progress in fighting #COVID19. I appreciated the Minister for #Malaysia's collaboration with @WHO and countries in the region, as well as the commitment to advance research to end the outbreak.

— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) February 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly turut berterima kasih kepada Tedros atas kerjasama yang dijalankan.
"Sekali lagi saya mengesahkan, Malaysia akan terus memberikan komitmen sebagai tanda solidariti memerangi COVID-19.
"Kami akan terus kukuh melakukan penyelidikan berlandskan sains dan fakta," jelasnya menerusi perkongsian Twitter.

TQSM @DrTedros DG @WHO Once again l affirm 's commitment to be in solidarity with other nations in this battle against #COVID-19. We will always stand guided by SCIENCE & FACTS!@WHOWPRO @WHOMalaysia @takeshi_kasai https://t.co/tnxg6T9gjG

— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) February 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Setakat hari ini, Malaysia berjaya mencatatkan 15 kes yang pulih sepenuhnya dengan dua kes baharu pulih dicatatkan pada Rabu.
Manakala tujuh lagi kes masih dirawat di beberapa hospital kerajaan.
Dr Dzulkefly dalam satu sidang media pada Rabu memaklumkan, kejayaan pihaknya dalam mengurangkan bilangan pesakit positif COVID-19 dibantu dengan kelengkapan makmal serta pakar dari KKM.
Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga sentiasa dititik-beratkan terutamanya apabila merujuk keadaan semasa COVID-19 di Singapura yang kini memasuki peringkat jingga.
#COVID-19 #Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad #Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus #Kementerian Kesihatan Malaysia #KKM #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #WHO
;