Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger
Fareez Azman
Januari 16, 2019 20:05 MYT
Januari 16, 2019 20:05 MYT
Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tampil menafikan kewujudan satu akaun Facebook Messenger yang kononnya milik beliau.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Datuk Amin Senin menjelaskan bahawa mesej yang tular di media sosial itu adalah palsu.
Mesej berkenaan antara lain menyebut beliau akan memberikan geran sebanyak AS$150,000 bagi membantu golongan yang memerlukan termasuk warga emas, pesara serta dan individu tidak bekerja.
Ia turut meliputi remaja, orang kelainan upaya, pembayaran bil, pembelian rumah, permulaan perniagaan, pembiayaan persekolahan dan bantuan membesarkan anak-anak.
Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan serta mempercayai mesej palsu terbabit.