Ketua Pengarah Imigresen ketuai operasi kesan dan tangkap pati di Sabah

Bernama
April 17, 2017 01:52 MYT
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali mengetuai Operasi Ikrar (SAPU) di sekitar Kota Kinabalu malam tadi bagi mengesan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI). - Gambar fail
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali mengetuai Operasi Ikrar (SAPU) di sekitar Kota Kinabalu malam tadi bagi mengesan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI).
Dalam operasi lebih tiga jam yang bermula pada 12.10 tengah malam tadi hingga jam 3.30 pagi itu seramai 36 PATI ditahan, 28 daripadanya adalah lelaki.
"Jumlah tangkapan PATI ini merupakan sebahagian daripada 138 individu yang diperiksa," kata Jabatan Imigresen Sabah dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut kenyataan berkenaan, antara kawasan operasi ialah rumah-rumah tidak bernombor di Kampung Kapa, Inanam Laut dan rumah pekerja tapak pembinaan di Kampung Tambalang. - BERNAMA
#Imigresen #Mustafar Ali #operasi