Ketua Pengakap Negara meninggal dunia

Bernama
September 11, 2019 13:42 MYT
Tan Sri Shafie Mohd Salleh meninggal dunia di Hospital Selayang pada usia 73 tahun pada pagi Rabu. - Gambar BERNAMA
Bekas Menteri Pengajian Tinggi, Tan Sri Shafie Mohd Salleh, 73, meninggal dunia di Hospital Selayang pagi ini.
Menurut Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahmad Sabri Saad, Allahyarham yang juga merupakan Ketua Pengakap Negara meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut.
Jenazah Allahyarham dibawa Masjid Al-Makmur, Kampung Ginching, Salak Tinggi Sepang dan dikebumikan selepas solat Zuhur di tanah perkuburan berhampiran.
Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Prof Emeritus Dr. Hajah Mizan Adilah Ibrahim dan tiga orang anak.
Selain pernah memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Ketua Pusat Penyelidikan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama lima tahun dan kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Kementerian Sumber Manusia dan juga Setiausaha Penyelidikan di bahagian Analisis Dasar Pusat Kajian Pembangunan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri. - BERNAMA
#Ketua Pengakap Negara #meninggal dunia #Menteri Pengajian Tinggi #Shafie Mohd Salleh
;