Ketua Pemuda Amanah meninggal dunia
Astro Awani
Ogos 6, 2021 16:33 MYT
Ogos 6, 2021 16:33 MYT
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia hari ini selepas beberapa minggu bergelut dengan jangkitan COVID-19.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam hantaran melalui Facebook memaklumkan pemergian Shazni Munir yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) merupakan satu kehilangan bagi semua pihak.
"Ia satu kehilangan yang besar kepada kita semua. Saya amat terasa dengan kehilangan anak muda ini yang amat dekat dengan saya.
"Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendukung Amanah. Semoga dikurniakan setinggi-tinggi pengampunan oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya.
Berdasarkan hantaran Facebook rasmi parti itu, Allahyarham Shazni Munir, 34, meninggalkan seorang balu dan anak-anak yang masih kecil.