Ketua Menteri Sarawak ziarah Uggah di hospital

Nickyson Nyambar
November 20, 2020 07:47 MYT
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan berehat untuk tempoh sebulan sebelum kembali bertugas. -Gambar Pejabat Ketua Menteri Sarawak
KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkesempatan meluangkan masa untuk menziarahi timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sebuah hospital swasta di Kuching petang Khamis.
Ini selepas Uggah selesai menjalani pembedahan kecil bagi membuka saluran arteri jantung.
Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) itu turut dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat untuk tempoh sebulan.
BACA: Uggah selamat jalani pembedahan kecil, bercuti rehat sebulan
Sepanjang tempoh rehat berkenaan, tugas bagi mempengerusikan mesyuarat harian (JPBNS) akan dipangku oleh Tan Sri James Jemut Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Terdahulu, pada Selasa, Uggah dilaporkan hadir ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan kerana tidak sihat.
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg #Ketua Menteri Sarawak lawat Uggah #Douglas Uggah #JPBNS #Sarawak #pembedahan kecil #Timbalan Ketua Menteri Sarawak