Ketokohan Tok Guru setaraf Tun M - Penganalisa Politik

Astro Awani
Februari 13, 2015 06:53 MYT
Datuk Nik Aziz merupakan satu ikon penting dalam dunia politik Malaysia.
Pemergian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis disifatkan sebagai satu kehilangan yang besar.
Menurut Penganalisa Politik UUM, Datuk Mustafa Ishak, Allahyarham merupakan satu ikon penting dalam dunia politik Malaysia, terutama sekali dalam politik Islam.
Ketokohan beliau juga dikatakan setaraf dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengaruhnya dalam politik amat besar, terutama di kalangan orang Melayu dan masyarakat Islam.
#ikon #kehilangan besar #Mustafa Ishak #Nik Abdul Aziz Nik Mat