KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta untuk tidak menyalah erti tolak ansur kerajaan dalam menangani isu ketirisan bekalan barangan bersubsidi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Nanta berkata kementeriannya bersama seluruh jentera agensi penguat kuasa kini menggembleng tenaga dalam membasmi ketirisan barang bersubsidi secara habis-habisan.
Katanya, usaha memerangi ketirisan itu akan diteruskan menerusi proses audit dan pemutihan yang giat dijalankan ketika ini.
"Mesej sama ditujukan kepada 'pengkhianat' yang mendalangi rangkaian kegiatan penyeludupan dan penyelewengan barang bersubsidi, kami akan cari dan dapatkan kamu. Hentikan sebelum terlambat. Jangan angkara gelap mata dengan keuntungan berlipat ganda, hak orang lain sebagai penerima subsidi sebenar dinafikan," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Twitternya mengenai ungkapan "Bukan Semudah ABC" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa memberi penjelasan berhubung ketirisan barangan bersubsidi dan kenaikan kos sara hidup yang diajukan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nanta mengingatkan bahawa penggunaan minyak paket dalam polibeg satu kilogram adalah bertujuan untuk membantu golongan memerlukan khususnya B40.
Beliau berkata, minyak berkualiti berharga paling murah di dunia, iaitu RM2.50 itu tidak sepatutnya dibeli oleh pengusaha perniagaan seperti sektor makanan atau pengeluaran produk berasaskan minyak, sebaliknya dikhaskan kepada golongan B40.
Katanya, hal ini kerana, meskipun kerajaan menerusi KPDNHEP mempunyai kuasa mengikut peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961 yang tidak membenarkan penggunaan minyak masak paket untuk kegunaan komersial, namun kerajaan masih mempunyai budi bicara.
"Justeru, kerajaan menerusi KPDNHEP masih mempunyai budi bicara memandangkan pelbagai pihak termasuk penjaja kecil cuba kembali bangkit daripada kesan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu yang masih terasa hingga kini," katanya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebooknya berkata Perdana Menteri telah memberikan penjelasan secara terperinci terhadap soalan yang telah dibangkitkan dalam sesi itu.
"Syabas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menjawab (soalan) dengan cukup tenang dan padat dengan menerangkan langkah-langkah kerajaan demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran mencabar akibat inflasi yang turut menimpa seluruh dunia pada ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Nanta berkata, usaha memerangi ketirisan itu akan diteruskan menerusi proses audit dan pemutihan yang giat dijalankan ketika ini. - Gambar/ Bernama
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.