Ketidaktentuan, kestabilan pekerjaan jadi kebimbangan rakyat - Kajian

Harits Asyraf Hasnan
April 12, 2020 16:12 MYT
Menerusi kajian dilakukan Berkshire Media melibatkan 1.78 juta sampel data di media sosial menunjukkan, sejumlah 602,553 data membincangkan isu kerja dan pekerjaan. - Foto Pixabay
Ketidaktentuan orang ramai berkenaan kestabilan pekerjaan merekq menjadi antara perkara utama dibincangkan rakyat negara ini di media sosial sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi kajian dilakukan Berkshire Media melibatkan 1.78 juta sampel data di media sosial menunjukkan, sejumlah 602,553 data membincangkan isu kerja dan pekerjaan.
Selain khuatir akan pendapatan yang terjejas, impak kewangan terutama melibatkan golongan pekerja kelompok B40 dalam industri perkhidmatan dan pembuatan menjadi sebahagian perkara terbesar yang dibincangkan.
“Perbandingan polisi melibatkan pelbagai syarikat, maklum balas pemotongan gaji antara syarikat dalam pelbagai sektor (B2B vs B2C) dan status (syarikat Bumiputera vs MNC).
“Maklum balas kepada kenyataan pakar ekonomi serta awam terhadap keupayaan pakej rangsangan ekonomi dalam memenuhi jurang pendapatan yang dialami oleh mereka yang kehilangan kerja,” memetik laporan itu.
Antara lain termasuk kekeliruan terhadap kelayakan bantuan melibatkan PKS.
Malah, data itu turut menunjukkan tindakan orang awam membidas pengusaha berprofil tinggi yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap kelangsungan perniagaan PKS mereka, sekaligus mendatangkan kemarahan dari netizen kerana sifat "ironis" keluhan mereka lantaran gaya hidup golongan ini yang mewah.
Ini merupakan antara senarai lain isu-isu berkaitan kerja dan pekerjaan yang dibincangkan pengguna media sosial di Malaysia:
Kajian itu pada masa sama turut melakukan unjuran berkenaan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku melibatkan isu kerja dan pekerjaan di negara ini.
Merentasi lapan platform dan saluran seperti Facebook, Twitter, media arus perdana, komentar berita, blog, forum, komentar YouTube dan pelbagai lagi, data ini dikumpul sepanjang 20 hari bermula 16 Mac hingga 6 April lalu. - Sumber Berkshire Media
#Berkshire Media #Bumiputera #coronavirus #COVID-19 #ekonomi #kajian sosial media #keselamatan #koronavirus #media sosial #Pekerja #pekerjaan #rakyat Malaysia
;