Keterujaan bercuti bertukar duka anak maut terjatuh dari tingkat 7

Bernama
Oktober 26, 2021 21:13 MYT
Keisya Nawrah dilaporkan terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri pada sekitar pukul 6.15 petang, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada kira-kira 7 malam.
PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri di Presint 5, semalam.
Bapanya Md Rizal Ramdzan, 42, berkata beliau lima sekeluarga termasuk anak keduanya itu Keisya Nawrah, 11, pada mulanya amat teruja semalam dengan rancangan percutian ke Janda Baik di Pahang minggu ini, namun pada sebelah petang ia bertukar menjadi tragedi.
Ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya hari ini, penjawat awam itu berkata anaknya tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebelum kejadian.
Keisya Nawrah dilaporkan terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri pada sekitar pukul 6.15 petang, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada kira-kira 7 malam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu post mortem, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
-- BERNAMA
#Kanak-kanak #terjatuh pangsapuri #Putrajaya #Janda Baik
;