KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan keperluan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di negeri itu yang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketetapan itu dibuat susulan pengumuman ketetapan baharu yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat berkenaan dengan PKP 3.0.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, pihaknya akan mengumumkan keputusan sekiranya Sarawak akan mengikuti perubahan itu dalam masa terdekat.
“JPBN Sarawak akan bermesyuarat malam ini. Keputusan akan diumumkan bergantung kepada keputusan malam ini,” katanya ketika dihubungi AWANI Borneo.
Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun ketika dihubungi AWANI Borneo menjelaskan, Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 negeri akan mengadakan perbincangan esok sama ada terdapat keperluan untuk mengubah suai SOP sedia ada dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
"Sebelum ini SOP di Sabah lebih ketat dari Semenanjung dan Labuan. Bagaimanapun jawatankuasa pengurusan akan mengadakan perbincangan esok untuk melihat keperluan kepada pengubahsuaian SOP di Sabah," katanya yang juga jurucakap jawatankuasa itu.
Terdahulu, Kerajaan Pusat telah mengumumkan beberapa penambahan kepada SOP PKP 3.0 termasuk memendekkan operasi perniagaan termasuk di pusat membeli-belah dan kedai bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.
Antara lain, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Sabtu turut mengumumkan ketetapan untuk mengurangkan kapasiti pekerja di pejabat kepada hanya 40 peratus sahaja.
Ujarnya, peraturan itu akan berkuatkuasa di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 25 Mei ini.
Fadilah Sulaiman, Eleanor Michelle Patrick
Sat May 22 2021
Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan menilai setiap perincian secara menyeluruh berkenaan dengan penetapan SOP di negeri itu. -Gambar Fail
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
Melaka larang kakitangan bawa telefon bimbit ketika mesyuarat bersama Ketua Menteri
Ketetapan baharu itu selari dengan penghayatan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam, selain memupuk rasa cinta kepada negara dan bangsa.
JAIS keluarkan ketetapan baharu solat Jumaat
Sultan Selangor turut berkenan bagi jarak antara satu jemaah dengan jemaah yang lain ditetapkan dengan jarak 1.0 meter.
Premis makanan bukan Islam boleh beroperasi 7 pagi - 7 malam - MB Pahang
Keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada peniaga terlibat berhubung ketetapan sesetengah pihak berkuasa tempatan.