Ketampakan rendah kurang 5 km dijangka berterusan sehingga esok

Bernama
Oktober 26, 2015 11:17 MYT
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan memaklumkan, keadaan itu berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai sistem navigasi pelayaran. -Gambar hiasan
Ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga esok (Selasa).
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan di sini Isnin memaklumkan, keadaan itu berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai sistem navigasi pelayaran.
Kawasan lain yang turut menghadapi masalah ketampakan serupa ialah sekitar perairan Phuket, Selat Melaka, Samui, Tioman dan Bunguran.
#Jabatan Meteorologi #jerebu #sistem navigasi pelayaran
;