"Kesilapan saya, saya tulis ada bom" - Pengirim

Astro Awani
Ogos 9, 2019 17:46 MYT
"Kita tulis itu (Jangan campak, ada bom di dalam) biar dia (barang) tidak pecah sebab apabila masuk sini (Sarawak) barang sudah pecah."
Itu ulasan Fahri Amaruddin, pengirim barangan yang diletupkan polis di Lapangan Terbang Miri gara-gara tertera ayat "Jangan campak, ada bom di dalam".
Fahri berkata, tindakannya itu satu kesilapan apabila menulis perkataan bom di atas kotak itu.
Ujarnya, dia selalu menghantar alat gantian motosikal di Sabah dan Sarawak memandangkan mendapat permintaan tinggi dari pembeli di kedua-dua negeri itu.
BACA: Alat ganti motosikal diletupkan, bungkusan tertera ancaman bom
Bagaimanapun, dia mengalami kesukaran apabila terpaksa membayar ganti rugi apabila alat gantian yang dihantar pecah walaupun sudah ditulis 'barang mudah pecah'.
Katanya, kejadian pertama kali itu akan menjadi pengajaran buatnya di masa depan.
Ditanya sama ada pihak polis ada menghubunginya, Fahri mengakui menerima panggilan daripada pihak polis.
"Semalam pegawai pun ada call saya, beliau beritahu akan siasatan dahulu," katanya.
#alat gantian motosikal #ancaman bom #Lapangan Terbang Miri #pengirim kotak bom
;