Kesilapan penggunaan kaedah kerja punca stadium runtuh

Astro Awani
Februari 21, 2013 15:55 MYT
Kesilapan penggunaan kaedah kerja dipercayai punca utama kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abdidin Kuala Terengganu dimana lima pekerja laporkan cedera pada pagi Rabu.
Sehubungan itu, pihak kontraktor bertanggungjawab atas insiden berkenaan dan bakal menyambung semula kerja terbabit dalam tempoh seminggu selepas segala masalah berkaitan diselesaikan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata kekurangan kepakaran untuk menanggalkan struktur stadium tersebut dipercayai merupakan antara faktor bumbung runtuh.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Terengganu.
Katanya, segala kerosakan akibat insiden terbabit akan ditanggung oleh pihak kontraktor.
Menurutnya, kontraktor berkenaan juga perlu meningkatkan tahap keselamatan berikutan kerja menanggalkan struktur bumbung berkenaan agak sukar serta berisiko.
Untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan, satu tender terbuka telah dikeluarkan.
Ada yang mengeluarkan sebut harga sehingga RM8 juta dan selepas membuat penilaian pihaknya melantik kontraktor tempatan dengan kos sebanyak RM1.7 juta.
#lima cedera #punca #runtuh #Stadium Sultan Mizan Zainal Abdidin
;