Kesilapan paparan grafik, Astro AWANI mohon maaf
Astro Awani
November 1, 2019 11:00 MYT
November 1, 2019 11:00 MYT
PIHAK Astro AWANI memohon maaf kepada semua penonton, terutamanya rakyat dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, atas kesalahan yang berlaku ketika siaran berita kami pada 27 dan 28 Oktober lalu.
Dalam AWANI 7.45 pada tarikh berkenaan, terdapat kesilapan pada paparan peta Sabah dan Sarawak berhubung Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara ini.
Astro AWANI merakamkan rasa kesal di atas kesilapan maklumat pada peta grafik berkenaan dan sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan itu.
#Astro Awani
#AWANI 7 45
#kerajaan negeri
#kesilapan paparan grafik
#mohon maaf
#monsun timur laut
#paparan peta
#Sabah dan Sarawak