Kesihatan PM Anwar pada tahap optimum - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Bernama
Ogos 11, 2024 22:36 MYT
Jabatan itu memaklumkan Perdana Menteri hari ini menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan KKM di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum, demikian menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Menerusi satu kenyataan malam ini, jabatan itu memaklumkan Perdana Menteri hari ini menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
"Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa tahap kesihatan Perdana Menteri dalam keadaan baik dan berada pada tahap yang optimum," menurut jabatan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Perdana Menteri kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.
-- BERNAMA
#KKM #tahap kesihatan #peringkat tertinggi #kekal bersemangat
;