Kesihatan Muhyiddin semakin pulih

Bernama
Julai 26, 2018 04:51 MYT
Muhyiddin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, dalam satu gambar yang dimuatnaik seminggu selepas menjalani pembedahan 12 Julai lalu. - Facebook Muhyiddin Yassin
Tahap kesihatan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin beransur pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada 12 Julai lalu.
Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan pada Khamis berkata banyak pertanyaan diterima mengenai tahap kesihatan Anggota Parlimen Pagoh itu yang kini berehat selepas menjalani pembedahan.
"Syukur Alhamdulillah, kami ingin memaklumkan bahawa tahap kesihatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin amat baik dan semakin pulih. Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus diberikan kepada beliau," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut dimuat naik di akaun Facebook rasmi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu beserta dua keping gambar beliau.
Muhyiddin menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal.
BACA: Muhyiddin baik selepas pembedahan
BACA: Muhyiddin selamat dibedah, bercuti sebulan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin.
-- BERNAMA
#kesihatan #ketumbuhan #Menteri Dalam Negeri #Muhyiddin Yassin #pankreas #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #Pembedahan #rawatan
;