"Kesihatan Dr Mahathir semakin positif, selera makan bertambah baik" - Marina

Astro Awani
Januari 25, 2022 19:06 MYT
Dr Mahathir juga memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya, kata Marina. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor menunjukkan peningkatan yang positif selain selera makan beliau juga bertambah baik.
Menurut anak sulung bekas Perdana Menteri itu, Datin Paduka Marina, bapanya juga sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).
Marina turut memanjangkan pesanan ayahnya kepada orang ramai agar jangan terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya.
"Dr Mahathir akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan," kata Marina dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
BACA: Tun Mahathir stabil, beri respon baik kepada rawatan lanjutan - Marina Mahathir
BACA: PM tiba di IJN melawat Tun Mahathir
Dalam kenyataan itu juga, Marina berkata, Dr Mahathir berserta keluarga, berasa terharu dan berterima kasih atas ucapan selamat yang disampaikan begitu ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.
Kata Marina, buat masa ini, pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat selain hanya keluarga terdekat sahaja.
BACA: Pelarian di Syria harap Tun M cepat sembuh
BACA: Masyarakat Islam Selatan Thai adakan solat hajat untuk Tun M
[TERKINI] Perkembangan terkini kesihatan Tun Mahathir
#Mahathir Mohamad #Marina Mahathir #Mahathir di IJN #rawatan Mahathir IJN
;