KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula kebenaran lesen percuma Skim Wilayah Bebas Berniaga yang dilihat mungkin menjadi antara faktor kesesakan trafik di ibu negara.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata DBKL antara lain akan menyusun semula kedudukan peniaga serta aktiviti perniagaan di lokasi yang menghalang lalu lintas terutama di tepi jalan.
"Satu mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan akan diadakan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas selain pelaksanaan kempen naik pengangkutan awam," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi hotspot banjir kilat bersama beberapa ahli parlimen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Antara ahli parlimen yang turut turun padang bersama Shahidan adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Lembah Pantai), Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), P. Prabakaran (Batu) dan Lim Lip Eng (Kepong).
Shahidan berkata usaha untuk mengatasi kesesakan lalu lintas juga akan dijalankan secara bersepadu dengan kementerian dan pihak lain.
Terdahulu dalam tinjauan di empat daripada 24 lokasi hotspot banjir iaitu di Jalan Ampang, Jalan Rahmat, Jalan Kasipilay dan Jalan Duta Mas 2, Shahidan turut menerangkan berkenaan inisiatif interim dijalankan bagi mengatasi banjir kilat, antaranya penggunaan beg pasir dan pam air.
Skim Wilayah Bebas Berniaga diperkenal pada 15 Nov 2020 bagi membolehkan orang ramai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai secara percuma, dan setakat ini ia dilanjutkan hingga hujung bulan ini.
Sementara itu Shahidan sekali lagi menafikan dakwaan bahawa DBKL melantik sebuah syarikat menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang yang melibatkan kos yang terlalu tinggi.
"DBKL hanya menerima bayaran sewaan (penempatan tiang), urusan itu dibina dan dibiayai sebuah syarikat telco... lantikan sub kontraktor dan sebagainya adalah urusan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Shahidan berkata DBKL antara lain akan menyusun semula kedudukan peniaga serta aktiviti perniagaan di lokasi yang menghalang lalu lintas terutama di tepi jalan. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Skim Wilayah Bebas Berniaga dilanjut hingga Jun depan
Ini bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar di bawah skim tersebut.
Skim Wilayah Bebas Berniaga dilanjut hingga hujung tahun - Annuar
Skim Wilayah Bebas Berniaga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dijadual tamat 31 Julai hadapan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.