Kesesakan tiga jam di Lebuhraya Elite akibat kemalangan treler

Astro Awani
Mac 23, 2023 19:00 MYT
Kesesakan itu susulan kemalangan lori treler di kilometer 18.6 arah utara yang menghalang lorong kanan dan tengah pada Khamis petang. Foto - Astro Radio Traffic
KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya berdepan kesesakan selama kira-kira tiga jam di Lebuhraya Elite dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Bandar Saujana Putra, petang Khamis.
Menurut kenyataan PLUS Malaysia Berhad, kesesakan itu susulan kemalangan treler di kilometer 18.6 arah utara yang menghalang lorong kanan dan tengah.
Kesesakan itu turut membabitkan laluan dari Shah Alam sehingga satu jam manakala trafik dari Lingkaran Putrajaya turut terkesan.
“Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik di lokasi,” menurut kenyataan PLUS.
Beberapa gambar dan video di media sosial menunjukkan kemalangan treler itu yang mengakibatkan dua lorong ditutup bagi laluan arah utara dan satu lorong ditutup bagi laluan arah selatan.
#kemalangan #PLUS #ELITE #kesesakan
;