Keseronokan 12 remaja mandi sungai berakhir dengan tragedi

Umavathi Ramayah
Oktober 11, 2024 20:28 MYT
Ahmad Mukhlis berkata, mayat pelajar tingkatan tiga itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto JBPM Selangor
HULU LANGAT : Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di sungai berhampiran Kampung Sungai Semungkis, di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas tersepit di celah batu, pada Jumaat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.56 petang.
"Kemudian sebuah jentera dari Balai Bomba Bandar Tun Hussein Onn bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Ahmad Mukhlis berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 15 tahun itu bersama 11 lagi rakannya.
Beliau memberitahu, mayat pelajar tingkatan tiga itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#lemas #tersepit di celah batu #mayat #JBPM
;