Kesemua ahli Parlimen Amanah tolak Belanjawan 2021 - Mat Sabu

Muhafandi Muhamad
November 13, 2020 04:33 MYT
Mohamad Sabu memaklumkan ketetapan untuk menolak Belanjawan 2021 itu selari dengan yang dibuat oleh pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH). - Gambar fail
KOTA BHARU: Kesemua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) sepakat untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lepas.
Presidennya, Mohamad Sabu memaklumkan keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).
“Itu kita bercakap dalam Parlimen, Ketua Pembangkang sudah cakap kalau hendak sokong mesti dipinda beberapa perkara.
“Kita, parti Pejuang pun bercakap, UMNO pun bercakap juga beberapa perkara perlu dipinda untuk dapat sokongan, kita bersama PH (tidak sokong),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
SEGALANYA MENGENAI BELANJAWAN 2021, KLIK DI SINI
Selain itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata Belanjawan 2021 itu tidak menepati beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan.
Sementara itu parti Amanah hari ini turut mengumumkan untuk mengekalkan Asmuni Awi sebagai Pengarah Pilihan Raya Amanah untuk pilihan raya umum ke 15 akan datang.
#Mat Sabu #UMNO #Pakatan Harapan #Parti Amanah Negara #Parlimen #pilihan raya #pembangkang #pilihan raya umum #Belanjawan 2021 #Tun Mahathir #Pejuang #Mohamad Sabu