Kesemua Adun Selangor angkat sumpah hari ini

Bernama
Jun 21, 2013 10:00 MYT
Semua 56 anggota dewan undangan negeri Selangor mengangkat sumpah jawatan pada persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendahului upacara angkat sumpah itu, diikuti 43 anggota dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dan 11 wakil rakyat Barisan Nasional.
Terdahulu, Hannah Yeoh mengangkat sumpah sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor manakala Nik Nazmi Nik Ahmad mengangkat sumpah sebagai timbalan speaker.
#ADUN #Dewan Undangan Negeri #Selangor