Kesedaran sivik masyarakat setempat masih kurang

Astro Awani
Januari 1, 2013 06:48 MYT
Meskipun pelbagai kempen dilaksanakan, namun usaha untuk menjaga kebersihan terutamanya selepas menyambut sesuatu sambutan gagal dilaksanakan.
Beginilah keadaan sekitar Dataran Pahlawan Melaka, selepas majlis sambutan ambang tahun baru.
Walaupun tong sampah disediakan pihak berwajib, namun sampah sarap dibuang merata-rata, memaksa petugas pembersihan mengambil masa lebih lima jam untuk membersihkan kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, operasi ambang tahun baru 2013 yang dijalankan Jabatan Agama Islam Melaka, JAIM menahan tiga pasangan kerana disyaki berkhalwat.
Ketua bahagian penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani memberitahu kesemua pasangan ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan.
41 saman juga dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan kerana meminum minuman memabukkan dan melakukan perbuatan atau berpakaian tidak sopan.
#Dataran Pahlawan Melaka #Jabatan Agama Islam Melaka #JAIM #Rahimin Bani