BALING: Kesedaran mengenai kepentingan mengundi dalam kalangan Orang Asli daripada suku Kensiu di Kampung Lubuk Legong, di sini semakin meningkat dengan kebanyakan daripada mereka berharap dapat memilih wakil rakyat yang mampu menyelesaikan isu masyarakat itu.
Tok Batin Razali Kulim berkata anak-anak buahnya faham tentang kepentingan mengundi dan teruja untuk menunaikan tanggungjawab itu pada Sabtu ini.
"Kebanyakan Orang Asli sudah sedar tanggungjawab untuk mengundi dan parti politik apa yang akan mereka pilih untuk mentadbir negara serta negeri supaya kemakmuran dapat dipertahankan.
"Kami juga faham (pilihan raya) untuk cari pemimpin yang dapat selesaikan masalah rakyat di peringkat kampung terutama berkaitan sosial, pendidikan, ekonomi dan kemudahan asas lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurutnya setakat ini anak-anak buahnya yang tinggal di luar juga sudah memaklumkan bahawa mereka akan pulang ke kampung sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini bagi menunaikan tanggunjawab mereka.
Kampung Lubuk Legong merupakan satu-satunya perkampungan Orang Asli di negeri Kedah yang terdiri daripada 359 Orang Asli suku Kensiu daripada 88 keluarga dengan jumlah pengundi 202 orang.
Razali berkata terdapat dua masalah utama yang membelenggu Orang Asli suku Kensiu ketika ini iaitu ekonomi dan pendidikan.
"Masyarakat Orang Asli sudah mula faham bahawa dua perkara ini penting untuk membawa sesuatu kaum itu ke hadapan. Jadi, saya berharap kerajaan negeri yang akan mentadbir dapat melihat dua perkara ini untuk masyarakat Orang Asli," katanya.
Sementara itu, adik Razali, Ubal, 36, berharap pemimpin yang diangkat pada PRN nanti dapat menitikberatkan soal kebajikan dan keselamatan semua kaum di negeri Kedah.
"Semoga menerusi PRN ini kita dapat seorang pemimpin yang boleh menjaga hak semua kaum di Malaysia," katanya.
Wati Tero, 40, pula berharap agar PRN nanti dapat menghasilkan satu kerajaan negeri yang terdiri daripada pemimpin yang jujur, amanah dan ikhlas membela nasib setiap kaum dan bangsa.
"Kalau boleh kerajaan yang mentadbir itu jujur, amanah dan ikhlas membela tak kira Orang Asli, Melayu, India atau Cina," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Kampung Lubuk Legong merupakan satu-satunya perkampungan Orang Asli di negeri Kedah yang terdiri daripada 359 Orang Asli suku Kensiu daripada 88 keluarga dengan jumlah pengundi seramai 202 orang. - Bernama
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Mengharap Bajet 2025 lebih 'hijau'
Bajet 2025 dinanti dengan penuh harapan oleh para pencinta alam sekitar dan biodiversiti agar kerajaan akan meneruskan agenda melindungi persekitaran negara.
Projek empangan: 'Syarikat perlu patuh undang-undang, hormat hak Orang Asli' - Nik Nazmi
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Isnin memerintahkan dua syarikat yang terlibat projek pembinaan empangan hidroelektrik mini di Ulu Geruntum, Gopeng keluar dari tanah adat Orang Asli itu serta-merta.
Persidangan Sains Tropika di Sarawak tumpu kemajuan terkini, cabaran tropika
Acara itu yang akan berlangsung dari 16 hingga 17 Okt di The Waterfront Hotel, Sarawak akan dirasmikan Premier Tan Sri Abang Johari Openg.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid yakin Orang Asli pilih calon BN
Ahmad Zahid melakukan pecutan akhir kempen Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dengan mengunjungi kesemua lima pos Orang Asli di DUN ini.
Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara
Gurmit Singh K.S. menghabiskan hampir sebahagian besar umurnya untuk berkempen dan memperjuangkan isu alam sekitar bagi memastikan kehijauan bumi tercinta ini terus terpelihara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Ogos 2024.
JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang
JAKOA menafikan dakwaan bahawa isu air di Gua Musang melibatkan perkampungan Orang Asli berpunca daripada kegagalan jabatan itu menyelenggara sistem rawatan air yang disediakan.
'Bonda kita panggil Orang Asli, orang kita. Kita tak suka panggil Orang Asli' - Tengku Mahkota Pahang
Tengku Mahkota Pahang berkongsi keperibadian bondanya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendidik supaya memanggil Orang Asli sebagai 'Orang Kita'.
PRK Nenggiri: Masyarakat Orang Asli diingat tidak terperdaya janji 'bulan bintang' PN
Masyarakat Orang Asli di DUN Nenggiri diingatkan supaya tidak terperdaya dengan janji 'bulan dan bintang' ditawarkan PN ketika kempen PRK DUN itu.
Hidroelektrik Nenggiri: Penduduk Pos Pulat harap penempatan baharu siap ikut jadual
Penduduk Orang Asli Pos Pulat di sini yang terlibat dengan pelaksanaan projek Hidroelektrik Nenggiri berharap penempatan baharu yang dibina untuk mereka siap mengikut jadual pada Mac 2026.