KUCHING: Program kesedaran keselamatan jalan raya di Lebuhraya Pan Borneo perlu dijalankan bagi membolehkan penggunanya menyesuaikan diri ketika melalui lebuh raya yang dalam peringkat akhir pembinaan itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pengenalan pusingan 'P' bagi menggantikan pusingan 'U' di sepanjang lebuh raya itu adalah antara beberapa peraturan yang masih belum dapat diikuti sepenuhnya sehingga menjadi antara punca kemalangan.
"Pan Borneo merupakan lebuh raya pertama di Sarawak yang merupakan jalan empat lorong dan dua hala di mana kita melihat kejadian kemalangan agak banyak berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Advokasi Keselamatan Pan Borneo Sarawak di sini hari ini.
Menurut statistik yang diperolehnya, beliau berkata sebanyak 355 kes kemalangan maut telah dilaporkan antara Januari dan Jun tahun ini, yang angkanya dianggapnya membimbangkan.
Selain peraturan baru, sikap pengguna yang memandu melebihi had laju, melawan arus lalu lintas selain memintas penghadang jalan kerana mahu tiba cepat ke destinasi menjadi beberapa lagi punca kemalangan di lebuh raya itu, katanya.
Fadillah berkata program jelajah yang dihadiri beliau hari ini melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat bagi zon Kuching dan akan diadakan di bahagian-bahagian lain di Sarawak secara berperingkat.
Program berkenaan dianjurkan bersama Jabatan Kerja Raya Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pengurusan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak (PLPS) dan pejabat-pejabat daerah di seluruh negeri itu.
Sementara itu, Fadillah berkata beliau telah diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membantu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagi mencari kaedah untuk mempercepatkan lagi penyiapan lebuh raya berkenaan.
Menurutnya dua daripada tiga seksyen pembinaan lebuh raya itu dijadualkan siap sebelum penghujung tahun ini yang terdiri dari Seksyen Sarikei dan Bukit Begunan, sementara Seksyen Lambir berdekatan Miri bakal disiapkan tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Fadillah berkata pengenalan pusingan 'P' bagi menggantikan pusingan 'U' di sepanjang lebuh raya itu adalah antara beberapa peraturan yang masih belum dapat diikuti sepenuhnya sehingga menjadi antara punca kemalangan. -Gambar fail/Bernama
Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81 peratus sebelum ini kepada 31.25 peratus.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Taufan Helene melanda Florida
Taufan Helene melanda pantai barat negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Ketua UNHCR seru pendekatan baharu krisis Rohingya
Filippo Grandi berkata pelantikan Profesor Yunus sebagai pemimpin baharu Bangladesh telah meningkatkan minat global dalam krisis Rohingya.
Ekspo TVET@KKDW buka ruang kerjasama industri, usahawan
Ekspo ini menawarkan pelbagai bidang pengajian berasaskan TVET dan membuka peluang pekerjaan melalui karnival kerjaya.
Premier harap Affin Bank melihat potensi Borneo
Tan Sri Abang Johari berharap Affin Bank akan sama terlibat dalam membangunkan kemudahan dan kesalinghubungan di kepulauan Borneo menerusi pelaburan di syarikat dan industri strategik.
Sarawak kuasai pegangan terbesar dalam Affin Bank
Pro Naib Canselor, i-CATS University College, Professor Datuk Shazali Abu Mansor berkongsi pandangan mengenai Kerajaan Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd.
Sarawak tidak campur tangan pengurusan Affin Bank
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari un Openg berharap Affin Bank akan terlibat dalam pembangunan di Sarawak pada masa sama menegaskan Kerajaan Sarawak tidak akan campur tangan dalam pengurusan bank berkenaan.
Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak
GISB: Kerajaan jamin siasatan telus, mohon ahli pertubuhan tidak disiasat untuk tampil - PM
Perdana Menteri memohon kepada ahli dan para pendukung GISB dalam dan luar negara yang tidak disiasat untuk menghubungi pihak berkuasa.
Kerjasama serantau amat penting bagi membuka potensi penuh tenaga ASEAN - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri akan menekankan pentingnya kerjasama serantau untuk membuka potensi tenaga ASEAN di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42.
PETRA komited transformasi sektor air sebagai hab dinamik ekonomi negara
PETRA memperkasakan tadbir urus air di semua peringkat untuk menjadikan bekalan air Malaysia sebagai hab dinamik yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi.
Banjir Kedah: Kerajaan jamin pegawai bertanggungjawab akan pantau lebih teliti - TPM Fadillah
Kerajaan akan beri tumpuan pada bantuan kepada mangsa-mangsa banjir serta merangka pelan jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir pada masa depan.
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
Fadillah dedah draf sebenar MoU peruntukan pembangkang
Timbalan Perdana Menteri tampil mendedahkan dua draf sebenar dokumen penyaluran peruntukan pembangkang yang masih menjadi kontroversi.
TPM, jemaah menteri ucap Selamat Hari Malaysia
Seluruh rakyat Malaysia diajak untuk terus menjaga hubungan baik antara kaum, memperkukuhkan perpaduan dan menanam semangat patriotik dalam jiwa setiap generasi muda.
Kerajaan tunggu surat rasmi Pembangkang tolak draf MoU Peruntukan - Fadillah
Fadillah berkata setakat ini beliau hanya mengetahui berkenaan penolakan tersebut menerusi laporan media.