Kesan lubang, Jalan Bukit Bintang menuju Jalan Tun Razak terus ditutup - MRT
Astro Awani
April 25, 2014 12:56 MYT
April 25, 2014 12:56 MYT
Jalan Bukit Bintang menuju ke jalan Tun Razak terus ditutup susulan satu lubang dikesan di lorong kiri laluan berkenaan pada jam 10:45 malam tadi.
Lubang berkenaan berukuran 10 meter panjang dan 3.5 meter lebar pada kedalaman dianggarkan dua meter.
Pihak MRT masih menutup laluan pejalan kaki sepanjang 500 meter bagi meminimumkan risiko kemalangan kepada orang awam.
Pemeriksaan segera mendapati ia tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada bangunan di sekitar lokasi, seperti bangunan LTAT, Menara Worldwide dan Chulan Square.